Tiga hari terperangkap dalam lumpur

Keadaan lembu betina yang terjatuh ke dalam lumpur di Kampung Kuala Lanar, Kuala Lipis. Foto: JBPM
Keadaan lembu betina yang terjatuh ke dalam lumpur di Kampung Kuala Lanar, Kuala Lipis. Foto: JBPM
A
A
A

LIPIS - Seekor lembu betina yang terperangkap tiga hari di kawasan berlumpur di Kampung Kuala Lanar di sini diselamatkan oleh anggota bomba pada Ahad.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba, Shahrul Nizam Nasir berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.18 pagi.

Menurutnya, haiwan itu dijumpai terjatuh di kawasan lumpur dan gagal menyelamatkan diri di kampung tersebut.

"Daripada maklumat pemilik lembu, haiwan tersebut telah tiga hari terperangkap dan usaha mengeluarkannya telah dilakukan, namun menemui jalan buntu.

"Pemilik lembu seterusnya menghubungi pihak bomba untuk memohon bantuan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan lembu tersebut menggunakan hos dan pencedok (scoop) tanah dan mengambil masa kira-kira 20 minit mengeluarkan lembu tersebut.