MyTOWNKL lancar Salam Ideal-Fitri

Dekorasi Salam Ideal-Fitri MyTOWN.
Dekorasi Salam Ideal-Fitri MyTOWN.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pusat beli-belah, MyTOWN Kuala Lumpur (MyTOWNKL) melancarkan kempen Salam Ideal-Fitri bermula 15 April hingga 16 Mei ini sempena perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Pengurus MyTOWN, Mohd Azhan Che Mat berkata, kempen tersebut diinspirasikan berdasarkan tradisi sambutan Aidilfitri yang dipamerkan menerusi dekorasi suasana rumah kampung di ruang legar pusat beli-belah berkenaan.

“Seperti kita tahu, sudah dua tahun rakyat Malaysia tidak dibenarkan rentas negeri ketika musim perayaan Aidilfitri susulan penularan wabak Covid-19.

Mohd Azhan
Mohd Azhan

“Justeru kita bawakan dekorasi suasana kampung bagi memberi mood kepada pengunjung kemeriahan hari raya yang bakal disambut tahun ini.

“Dekorasi rumah kampung dan halamannya diinspirasikan daripada suasana sebenar kemeriahan sambutan perayaan itu dengan mempamerkan rekaan kontemporari, selain di sekitarnya ditempatkan booth pakaian serta keperluan menyambut hari raya,” katanya ketika Majlis Pelancaran Salam Ideal-Fitri MyTOWNKL pada Khamis.

Mengulas lanjut Mohd Azhan berkata, orang ramai yang mengunjungi pusat beli-belah itu berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan apabila berbelanja menggunakan MyTOWN App.

Katanya, pelbagai barangan keperluan Aidilfitri disediakan antaranya perhiasan rumah, koleksi eksklusif pakaian dan tudung yang boleh didapati di Marketplace Central Town pusat beli-belah tersebut.

“MyTOWN mempunyai 260 kedai termasuk restoran, barangan elektrik, pakaian, perabot dan sebagainya. Lambakan pilihan ini sudah pasti memberikan kemudahan kepada pengunjung untuk memenuhi kehendak mereka sempena sambutan Aidilfitri nanti.

Mohd Azhan (baris ketiga dari atas, tengah) bersama penari kebudayaan dan kakitangan MyTOWN ketika Majlis Pelancaran Salam Ideal-Fitri, pada Khamis.
Mohd Azhan (baris ketiga dari atas, tengah) bersama penari kebudayaan dan kakitangan MyTOWN ketika Majlis Pelancaran Salam Ideal-Fitri, pada Khamis.

“Selain itu, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan seperti tarian tradisional, paluan kompang dan Melodi Raya bermula 23 April ini di ruang legar Central Town,” katanya.

Dalam pada itu Mohd Azhan memaklumkan, ahli MyTOWNKL App berpeluang untuk mendapatkan hadiah istimewa apabila membeli-belah sepanjang tempoh kempen itu berlangsung.

Kata beliau, mereka boleh menebus sampul wang, mangkuk seramik, periuk hidangan atau set Salam Ideal-Fitri eksklusif dengan minimum 50 mata ganjaran.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Salam Ideal-Fitri, orang ramai boleh layari laman sesawang https://mytownkl.com.my.