Mayat wanita ditemui tersangkut di jaring ikan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BATU MAUNG - Mayat wanita dijumpai dalam keadaan terapung berhampiran sangkar ikan di kawasan Limbungan Batu Maung, di sini pagi tadi.

Mayat yang tidak mempunyai dokumen identiti itu dijumpai tersangkut pada jaring ikan oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat wanita itu dianggarkan berusia lingkungan 30-an.

Menurutnya, mayat wanita yang berpakaian baju T berwarna biru tertera logo 'Design 72' dan berkain sarung berwarna merah berbunga itu dijumpai pada jam 11.50 pagi tadi.

"Identiti dan keturunan mangsa tidak dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen ditemui pada mayat wanita tersebut.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

"Setakat ini, tiada pihak yang tampil membuat pengecaman mayat berkenaan.

"Sekiranya ada yang kehilangan ahli keluarga, mereka boleh menghubungi balai polis terdekat," katanya ketika dihubungi tadi.

Artikel Berkaitan: