Kuala Pilah rekod penjaja tanpa lesen paling ramai

Teo Kok Seong
Teo Kok Seong
A
A
A

SEREMBAN – Daerah Kuala Pilah merekodkan jumlah penjaja tanpa lesen paling ramai di Negeri Sembilan iaitu 98 orang.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong (Bahau-DAP) berkata, ia diikuti Tampin (43 orang), Jelebu (40 orang) dan Rembau (14 orang).

"Bagi senarai penjaja berlesen pula di Seremban (2959 orang), Port Dickson (1,509 orang), Jempol( 535 orang), Tampin (893 orang), Kuala Pilah (859 orang), Rembau (279 orang) dan Jelebu (343 orang).

"Secara keseluruhan, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengeluarkan 3,584 notis dan 7,043 kompaun terhadap penjaja yang berniaga tanpa lesen," katanya pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14, pada Rabu

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Chew Seh Yong (Lobak-DAP) yang meminta senarai penjaja berlesen dan tanpa lesen di setiap PBT serta berapa saman dan notis dikeluarkan kepada penjaja tanpa lesen.

Selain itu katanya, kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 juta kepada peniaga yang bersetuju untuk berpindah ke tapak penjaja setempat dengan kadar sewa RM300 bagi setiap peniaga.

Jelasnya, 1,346 petak niaga disediakan pada tahun lalu manakala 130 petak disediakan bagi tahun ini dengan jumlah keseluruhan 1,476 petak.

“Pada tahun lalu, 553 petak yang masih belum diisi dan pada tahun ini masih belum dibuat pengisian kerana masih dalam pembinaan,”katanya