Sila log masuk terlebih dahulu.

487,728 kanak-kanak lengkap vaksinasi Covid-19



Sebanyak 487,728 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 13.7 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah PICKids setakat Selasa. - Gambar hiasan
Sebanyak 487,728 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 13.7 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah PICKids setakat Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 487,728 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 13.7 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Selasa.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,425,865 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.1 peratus, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,877,332 individu atau 92.5 peratus telah lengkap divaksin, manakala 2,978,531 atau 95.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,985,545 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak, 22,961,980 atau 97.6 peratus telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,238,874 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Pada Selasa, sebanyak 47,612 dos vaksin diberikan melibatkan 35,398 dos kedua, 4,635 dos penggalak dan 7,579 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,742,922.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan Perak merekodkan jumlah tertinggi iaitu lima kes diikuti Johor dengan tiga kes.Kedah, Melaka, Pahang dan Putrajaya masing-masing mencatatkan satu kes. - Bernama

Artikel Berkaitan: