Covid-19: 11 kematian baharu, 1 BID

KKM melaporkan 12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu. - Foto Bernama
KKM melaporkan 12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 12 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Menurut data laman sesawang CovidNow, daripada jumlah berkenaan satu kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan Covid-19 adalah sebanyak 35,449.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,497 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak enam orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Putrajaya merekodkan angka kematian tertinggi dengan 17 kes diikuti Perak dengan 14 kes dan Perlis (12).

KKM turut merekodkan 5,959 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,365,378.

Dalam pada itu, jumlah kes aktif yang direkodkan adalah sebanyak 92,039 termasuk 1,988 dirawat di hospital dengan 33 kes ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 64 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 89,698 kes pula menjalani kuarantin di rumah dan 256 kes lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).