JDT sumbang tiga mata berharga lagi

Kapten JDT, Natxo Insa ketika aksi menentang Ulsan Hyudai di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin. - Foto FB Johor Southern Tigers
Kapten JDT, Natxo Insa ketika aksi menentang Ulsan Hyudai di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin. - Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

KEMENANGAN 2-1 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Ulsan Hyundai dalam aksi kedua Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim pada Isnin memberikan Malaysia tiga lagi mata dalam Ranking Pertandingan Kelab Asia.

Malaysia kini naik satu anak tangga ke tempat ke-15. Malaysia berada di tangga ke-21 sebelum dua kemenangan terbaharu JDT dalam saingan ACL 2022.

Malaysia kekal di tangga ketujuh Asia Timur tetapi semakin menghampiri Thailand, Vietnam dan China, sekali gus penyertaan lebih banyak kelab Malaysia dalam pertandingan AFC pada 2024 semakin hampir.

JDT telah menyumbang 14 daripada 14.45 mata yang diperoleh Malaysia sejak 2019. Mata yang dikumpul JDT pada tahun-tahun sebelum ini secara sendiri telah memastikan satu slot langsung ke ACL dan dua slot automatik ke Piala AFC pada 2022 dan 2023.

Sebelum penglibatan JDT di Asia, Malaysia hanya menerima satu slot Kelayakan ACL, satu kemasukan langsung ke peringkat kumpulan Piala AFC dan satu slot kelayakan Piala AFC.

Prestasi kelab Malaysia dalam ACL 2022 dan Piala AFC akan menentukan jumlah kelab yang akan bertanding di pentas Asia pada 2024.