Tun M terkejut pembangunan Malaysia di belakang beberapa negara Afrika

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut apabila mendapati Malaysia berada di belakang beberapa negara Afrika daripada segi pembangunan.

Dr Mahathir mendedahkan bahawa beliau bersedia menerima bahawa Malaysia telah ketinggalan di belakang Indonesia dan Vietnam sejak kebelakangan ini.

“Sudah tentu kita sentiasa berada di belakang Singapura. Tetapi saya terkejut apabila mendapati bahawa kita juga berada di belakang beberapa negara Afrika,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai sebuah teknologi terkini yang disifatkannya dapat mencapai kecekapan dan mengehadkan rasuah.

“Kita tidak bersedia untuk menggunakan teknologi terkini bagi mencapai kecekapan dan mengehadkan rasuah.

“Kita menolak teknologi ini kerana ia mungkin mendedahkan salah laku ahli Parlimen,” katanya dengan tidak menyatakan apakah teknologi terbabit.

Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau diberitahu bahawa sekiranya negara ini menggunakan teknologi baharu ini, akan ada bantahan yang kuat daripada ahli-ahli Parlimen.

“Nampaknya ramai daripada mereka terlibat dalam perniagaan eksport dan import. Oleh itu, negara terus kehilangan banyak wang kerana kita menolak cara pengurusan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi negara-negara Afrika menjimatkan berbilion-bilion kerana pengurusan mereka dan menggunakan peralatan baharu itu dengan lebih cekap. Mereka sudah mendahului kita.

“Sudah tentu kita tidak perlu berasa malu apabila dipintas oleh negara-negara Afrika. Bukankah kita telah diberitahu bahawa mencuri wang kerajaan bukanlah sesuatu yang patut kita malu,” sindirnya.