MR D.I.Y bekerjasama dengan enam penyedia perkhidmatan kewangan

Promosi Mega Cashback MR D.I.Y. berlangsung pada 1 April hingga 31 Mei 2022.
Promosi Mega Cashback MR D.I.Y. berlangsung pada 1 April hingga 31 Mei 2022.
A
A
A

SHAH ALAM - Kumpulan MR D.I.Y. (MR D.I.Y.) menerusi Mega Cashback MR D.I.Y. telah bekerjasama dengan enam penyedia perkhidmatan kewangan untuk menawarkan pulangan tunai dalam kedai dan diskaun menarik di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR yang mengambil bahagian.

Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, enam penyedia perkhidmatan tersebut adalah lima penyedia e-dompet - Boost, Grabpay, MAE oleh Maybank, Shopeepay dan Touch ‘n Go eWallet, serta bank HSBC.

Menurutnya, promosi itu berlangsung bermula 1 April hingga 31 Mei 2022.

“Kempen Mega Cashback MR D.I.Y. yang pertama pada Februari lalu telah berjalan lancar dan pelanggan memanfaatkan peluang tersebut untuk menikmati nilai yang hebat di cawangan-cawangan kami.

“Kami membuat keputusan untuk membawa kembali kempen ini dan pada kali ini dengan tawaran yang lebih menarik untuk membantu rakyat Malaysia menikmati lebih penjimatan dan manfaat apabila mereka membuat persiapan untuk menyambut hari raya dan musim cuti nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, rakyat Malaysia akan mendapatkan barangan keperluan harian, produk perayaan dan hadiah serta buah tangan,ia adalah masa yang paling sesuai untuk kami memberi lebih ganjaran kepada mereka.

“Kempen Mega Cashback akan dijalankan serentak dengan kempen ‘Raya Serba Baharu’ peruncit.

“Rakyat Malaysia boleh mendapatkan lebih daripada 200 barangan keperluan untuk hari raya yang ‘Always Low Prices’, termasuk barangan popular untuk musim perayaan seperti langsir, sarung kusyen dan barangan perhiasan rumah serta kelengkapan dapur,” katanya.

Artikel Berkaitan:

'Mega Cashback’ MR. D.I.Y. akan berlangsung di cawangan-cawangan MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR yang mengambil bahagian, yang mempunyai perkhidmatan bayaran e-dompet yang berkenaan di kedai.

Maklumat mengenai promosi itu boleh didapati di https://www.mrdiy.com/promotion/327/MR.DIY-Mega-Cashback-2022/.

Goh
Goh