'Terima kasih rakyat Malaysia'

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - "Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin dan sudi menyumbang buat kami di sini".

Demikian, luahan hati Prof Madya Dr Zurinawati Mohi, isteri kepada Nazril Hisham Omar,49, iaitu salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam serangan di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu.

Menurut Zurinawati, 48, beliau terharu dengan sokongan dan keprihatinan dizahirkan rakyat negara ini yang bermurah hati menyalurkan sumbangan kewangan dalam tabung khas #Sinar4NZMartyrs.

"Terima kasih buat rakyat Malaysia dan pihak Sinar Harian (Sinar Karangkraf) khususnya kerana sudi mewujudkan tabung ini untuk kami di sini.

"Semalam (kelmarin), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof telah menyerahkan hasil sumbangan itu kepada keluarga mangsa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumbangan #Sinar4NZMartyrs selamat diserah kepada mangsa

Tambah pensyarah daripada Fakulti Perhotelan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam itu, wang sumbangan tersebut dapat membantu meringankan kos perbelanjaan keluarganya seperti bayaran sewa rumah di New Zealand.

Terdahulu, Mujahid menyerahkan wang tunai berjumlah RM93,000 hasil sumbangan orang ramai kepada tabung #Sinar4NZMartyrs yang diwujudkan Sinar Karangkraf.

Artikel Berkaitan:

Hasil kutipan tabung itu diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah kepada Mujahid sebelum menteri itu berangkat ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia.