Sumbangan #Sinar4NZMartyrs selamat diserah kepada mangsa

Mujahid melawat rakyat Malaysia yang tercedera dalam insiden tembakan di Christchurch, New Zealand semasa lawatan singkatnya ke negara itu, hari ini.
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Wang berjumlah RM93,000 hasil sumbangan daripada tabung khas #Sinar4NZMartyrs yang diwujudkan Sinar Karangkraf telah diserahkan kepada mangsa dan pihak berkaitan.

Maklumat itu dikongsikan pegawai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

“Tabung sudah diserahkan kepada mangsa dan pihak berkaitan,” katanya kepada Sinar Harian.

Semalam, Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah menyerahkan tabung berkenaan kepada Mujahid sebelum menteri itu berangkat ke New Zealand bagi mewakili kerajaan Malaysia.

Menurut Mujahid, beliau diminta mewakili kerajaan secara rasmi untuk ke negara tersebut dan menemui keluarga mangsa selain bertemu kerajaan New Zealand untuk mengucapkan takziah atas insiden yang berlaku.

“Pemergian saya ke New Zealand ini juga untuk mewakili kerajaan Malaysia secara rasmi untuk menziarahi keluarga serta menguruskan perkara melibatkan rakyat Malaysia di sana.

Mujahid melawat rakyat Malaysia yang tercedera dalam insiden tembakan di Christchurch, New Zealand semasa lawatan singkatnya ke negara itu, hari ini.
Mujahid melawat rakyat Malaysia yang tercedera dalam insiden tembakan di Christchurch, New Zealand semasa lawatan singkatnya ke negara itu, hari ini.

“Saya juga akan menemui kerajaan New Zealand untuk mengucapkan takziah atas peristiwa hitam yang berlaku dan mengucapkan penghargaan kerana menguruskan rakyat Malaysia yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di bilik VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke New Zealand, semalam.

Sementara itu, pegawainya memberitahu menteri berkenaan kini sudah berada di lapangan terbang dan sedang menunggu penerbangan pulang ke Malaysia.

“Beliau sekarang berada di lapangan terbang. Dijangkakan pesawatnya akan tiba di Malaysia pada jam 5.00 pagi nanti,” ujarnya.

Dalam lawatan singkat Mujahid ke sana, beliau sempat melawat tiga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tembakan, Rahimi Ahmad, Nazril Hisham Omar dan Mohd Tarmizi Shuib di Hospital Christchurch, New Zealand.

Beliau juga sempat bertemu dengan keluarga mangsa serta rakyat Malaysia yang tinggal di sana yang telah banyak membantu urusan mangsa dan keluarga mereka di sini.

Sebelum itu, Mujahid sempat menunaikan Solat Jumaat di Hagley Park South, Christchurch bersama masyarakat Muslim di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: 18,000 solidariti buat mangsa pengganas Christchurch


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia