Guardiola pertahan 'kesilapan' Steffen

Guardiola - Foto EPA
Guardiola - Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mempertahankan kesilapan dilakukan penjaga gol, Zack Steffen yang dikatakan menjadi punca Liverpool berjaya menjaringkan gol kedua mereka pada aksi separuh akhir Piala FA di Wembley, pada Sabtu.

Menurutnya, Steffan yang ‘tergamam’ dengan hantaran ke belakang John Stones, cuba mengelecek Sadio Mane, namun gagal apabila penyerang Senegal itu melakukan terjahan bagi memastikan bola menggegar jaring untuk gol kedua The Reds.

“Bagi saya ia adalah satu insiden yang tidak disengajakan. Dia (Steffen) sebenarnya cuba mengeluarkan bola.

“Namun percubaannya itu tidak berjaya. Apa pun, insiden seperti ini memang seringkali berlaku dan bagi saya Steffen akan belajar dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Saya juga telah bercakap dengan pasukan mengenai gol itu dan bukannya secara peribadi dengan dia (Steffen), mengenai perkara itu..namun, saya tahu dia seorang pemain yang kuat,” katanya.

Pemain City kecewa dengan kekalahan berkenaan. - Foto EPA
Pemain City kecewa dengan kekalahan berkenaan. - Foto EPA

Untuk rekod, insiden pada minit ke-17 itu menjadi bualan hangat dalam kalangan penyokong City, apabila Steffan dipersalahkan kerana tidak mengeluarkan bola lebih awal hingga memberikan peluang kepada Mane untuk melakukan terjahan ke pintu gol untuk gol kedua perlawanan setelah Ibrahima Konate membuka jaringan buat The Reds pada minit kesembilan.

Mane kemudiannya tenang merembat gol ketiga Liverpool pada minit ke-45 dan memastikan The Reds selesa mendahului 3-0 sebelum rehat.

Artikel Berkaitan:

Selepas rehat, pemain City, Jack Grealish menjaringkan gol kedua skuad The Citizens itu, sebelum Bernardo Silva menjaringkan gol kedua pada masa kecederaan.

Sementara itu, Guardiola berkata, dia menerima kekalahan berkenaan dan berharap pemain yang mengalami kecederaan dan tidak beraksi untuk separuh akhir Piala FA kali ini dapat beraksi pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Bila kita beraksi dalam banyak perlawanan, masalah kecederaan akan berlaku dan ia adalah perkara biasa dalam bola sepak.

“Namun, walaupun tidak beraksi dengan pemain-pemain berkenaan, namun kita masih berjaya menjaringkan dua gol bagi merapatkan jurang walaupun ia sudah terlewat untuk kita menyekat kemenangan Liverpool,” katanya.