Negeri Sembilan catat kemenangan ketiga

Pemain Negeri Sembilan Zaqua Adha Abdul Razak (dua dari kanan), cuba melepasi kawalan benteng pertahanan PJ City FC pada perlawanan berkenaan. -Foto Bernama
Pemain Negeri Sembilan Zaqua Adha Abdul Razak (dua dari kanan), cuba melepasi kawalan benteng pertahanan PJ City FC pada perlawanan berkenaan. -Foto Bernama
A
A
A

SKUAD Negeri Sembilan FC mencatatkan kemenangan ketiga dalam saingan Liga Super musim ini apabila menewaskan PJ City FC 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Sabtu.

Tonggak pertahanan skuad Hoben Jang Hoben, Herold Goulon membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Dareen Lok menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-65 sebelum Sean Eugene Selvaraj menjaringkan gol pada minit ke-81 diikuti Matheus Alves pada minit ke-86.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur City FC (KL City FC) menewaskan Sabah 2-0 FC hasil dua jaringan Romel Morales pada minit ke-36 dan min-88.

Dalam pada itu jaringan Melaka United FC (MUFC) mempamerkan kebangkitan dramatik bagi memenangi aksi Liga Super berdepan Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Sabtu.

Bagaimanapun, pemain import Emmanuel Oti Essigba menyamakan kedudukan pada minit ke-51 sebelum Mohamad Hasbullah Abu Bakar menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan MUFC.

Dalam saingan Liga Premier menyaksikan Perak FC terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada pendahulu ketika ini, Kelantan FC di Stadium Perak, Ipoh.

Perak FC membuka jaringan menerusi Nazmi Ahmad pada minit ke-21 namun pemain Kelantan FC, Nurshamil Ghani berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-48.

Artikel Berkaitan:

Gol penyamaan itu menyaksikan Kelantan FC semakin bersemangat melancarkan asakan ke pintu gol Perak FC dan menyaksikan Syed Sobri menjaringkan gol menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-66.

Sebelum Nurshamil sekali lagi menjaringkan gol ketiga yang juga gol kedua peribadinya malam ini bagi mengesahkan kemenangan.

Di Stadium UiTM Shah Alam, Selangor II FC mencatatkan kemenangan besar apabila menewaskan PDRM FC 4-1.

PDRM membuka hasil jaringan Sharif Haseefy pada minit ke-38, namun Martin Adamac berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-43.

Pemainan Selangor FC 11, George Attram kemudiannya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-61 sebelum Abdul Rahman Daud melengkapkan kemenangan Selangor pada jaringan keempat pada minit ke-74 dan seterusnya menyaksikan kedudukan 1-1 kekal ke wisel penamat.

Sementara itu, Terengganu FC II (TFC II), mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 ke atas skuad Kelantan United, hasil jaringan kapten pasukan, Jordan Mintah dalam satu lagi aksi Liga Premier pada Jumaat.