Pemandu treler maut tersepit

Seorang pemandu treler maut akibat tersepit selepas melanggar sebuah kontena yang terjatuh dari sebuah treler di KM 38.5 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan pada Jumaat.
Seorang pemandu treler maut akibat tersepit selepas melanggar sebuah kontena yang terjatuh dari sebuah treler di KM 38.5 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang pemandu treler maut akibat tersepit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer (KM) 38.5 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kemalangan yang melibatkan dua buah treler itu berlaku apabila salah sebuah daripadanya hilang kawalan sejurus tiba di lokasi kejadian sekitar jam 11.34 malam.

Menurutnya, sebuah treler jenis Scania dari arah Pulau Indah menghala Telok Panglima Garang telah terbabas dan kontena yang dibawa telah terjatuh lalu masuk ke laluan bertentangan dan dilanggar treler jenis Volvo dipandu mangsa.

"Akibatnya pemandu treler jenis Volvo itu tersepit di antara kenderaannya dan kontena yang jatuh.

"Mangsa yang berusia 36 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan pemandu treler Scania berusia 34 tahun pula mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 12.11 tengah.

Norazam berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Dalam pada itu, Ahmad Ridhwan turut meminta saksi kemalangan supaya tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Keisha Nur Azalea Betty Saran di talian 01162622972.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.