PPM perketat rondaan sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Ramadan

Azuhar (depan sekali) memeriksa bot nelayan yang melalui Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.
Azuhar (depan sekali) memeriksa bot nelayan yang melalui Markas Operasi PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, Tumpat pada Khamis.
A
A
A

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor memperketatkan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand sepanjang Ramadan bermula dari Pengkalan Kubor sehingga ke Kubang Pak Itam, Pasir Mas dalam usaha membendung aktiviti jenayah terutama penyeludupan.

Ketua Bahagian Operasi/Risik PPM Wilayah Tiga, Deputi Superintendan Azuhar Md Nor berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan aktiviti penyuludupan akan meningkat menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Selain rondaan, kita juga akan memperkemaskan lagi risikan untuk mendapatkan maklumat berkait dengan aktiviti jenayah rentas sempadan.

"Kita percaya penyeludup akan mencari ruang untuk memastikan mereka lolos. Bagaimapun kawalan akan terus diperketatkan dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini pada Khamis

Menurutnya, selain itu pemeriksaan ke atas bot-bot nelayan turut dilakukan bagi memastikan aktiviti penyeludupan diesel tidak berlaku.

Beliau berkata, sejak Januari hingga Mac sebanyak 1,008 buat bot telah diperiksa oleh PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor.

Azuhar berkata, daripada jumlah itu sebanyak tujuh buah bot nelayan telah ditahan atas kesalahan menyeludup diesel.

"Kita harap seluruh masyarakat dapat memberikan kerjasama dalam membantu mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan," katanya.

Artikel Berkaitan: