Penjual 'Android Box' ditahan, barang dirampas

KPDNHEP telah merampas sebanyak 25 unit alat teknologi penstriman beserta dokumen yang berkaitan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 8,567.
KPDNHEP telah merampas sebanyak 25 unit alat teknologi penstriman beserta dokumen yang berkaitan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 8,567.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menahan tiga lelaki kerana menjual peranti penstriman video 'Android Box' dalam serbuan ke atas tiga premis berasingan di sebuah pusat beli belah di Klang pada Isnin.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Putrajaya, Azman Adam berkata, serbuan sekitar jam 12 tengah hari itu dijalankan berikutan laporan yang diterima daripada pemilik hak cipta video yang distrim tanpa kebenaran menerusi Android Box tersebut.

"Serbuan dengan kekuatan seramai 15 anggota penguat kuasa KPDNHEP Putrajaya dilakukan hasil daripada maklumat pemilik hak cipta yang berkaitan serta risikan yang telah dilakukan oleh selama dua minggu.

"Hasil pemeriksaan ke atas tiga premis terbabit, pihak KPDNHEP telah merampas sebanyak 25 unit alat teknologi penstriman berserta dokumen yang berkaitan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM8,567," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, akta sedia ada sudah ditambah baik menerusi pindaan kepada Akta Hak Cipta 1987, (Pindaan) 2022 yang memberi penekanan kepada pelanggaran hak cipta harta intelek dalam talian atau cetak rompak digital di bawah pindaan baharu Seksyen 43AA, perenggan 41(1)(k).

Katanya, ketiga-tiga lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 39 hingga 44 tahun terbabit ditahan bagi membantu siasatan di bawah seksyen tersebut kerana melakukan pelanggaran hak cipta karya menerusi jualan teknologi penstriman.

"Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku peniaga berhubung perkara ini boleh menyalurkan aduan yang lengkap menerusi WhatsApp 019-2794317/ 019-848 8000; pusat panggilan,1-800-886-800; atau emel, e-aduan@kpdnhep.gov.my," ujarnya.

Artikel Berkaitan: