Simeone tuduh Guardiola pandang rendah Atletico Madrid

Simeone
Simeone
A
A
A

PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone menuduh rakan sejawatannya, Pep Guardiola memandang rendah keupayaan skuad kendaliannya itu pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Menurut Siemone, Guardiola tidak seharusnya bersikap sedemikian kerana ramai pihak yang memberikan pujian kepada City atas kejayaan mara ke separuh akhir.

“Bagi saya, dia (Guardiola), tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu dan rasanya, saya juga tidak perlu untuk menyuarakan apa-apa walaupun di luar sana orang ramai ada bercakap mengenai saya juga.

“Apa pun, saya akan terus bersama Atletico dan merancang untuk mencatatkan kemenangan pada perlawanan-perlawanan akan datang, terutamanya dalam saingan La Liga,” katanya.

Untuk rekod Atletico gagal mara ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara setelah tewas 0-1 secara agregat kepada City.

City menang 1-0 di Etihad 6 Mei lalu sebelum terikat tanpa jaringan di Stadium Wanda Metropolitano pada Khamis sekali gus, menyaksikan City mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara dan dijadualkan berdepan satu lagi gergasi La Liga, Real Madrid.

Mengulas mengenai perkara berkenaan Guardiola berkata, dia sebenarnya tidak ada mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai satu ‘penghinaan.’

“Saya harap perkara ini dapat diperbetulkan, saya tidak kritik kerana apa yang saya katakan hanyalah mereka (Atletico) telah bertahan dengan cukup baik.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga berkata demikian kerana jentera serangan City tidak dapat menembusi benteng pertahanan dan ia cukup membuktikan Atletico sebagai pasukan yang sukar untuk ditewaskan,” ujarnya.