Biden umum pakej bantuan ketenteraan RM3.3 bilion kepada Ukraine

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$800 juta (RM3.3 bilion) kepada Ukraine pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat ketika pendakwa raya antarabangsa mengisytiharkan sekutu Barat yang dilanda perang itu sebagai tempat kejadian jenayah akibat serangan Rusia.

Sebelum mengumumkan bantuan itu, Presiden AS itu bercakap dengan rakan sejawatannya dari Ukraine, Volodymyr Zelenskyy selama kira-kira sejam.

Biden telah menuduh Presiden Rusia, Vladimir Putin melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Ia merupakan satu dakwaan yang ditolak sebagai tidak boleh diterima oleh Moscow.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyokong Biden tetapi Perancis dan Jerman enggan mengikutinya sekali gus menimbulkan kemarahan Zelenskyy. - Agensi

Artikel Berkaitan: