X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Dua individu tunggang motosikal separuh bogel di Kuala Terengganu

Gambar tular memaparkan penunggang lelaki yang hanya mengenakan seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian di Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu.
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua individu dipercayai pelancong asing didapati menunggang motosikal dalam keadaan separuh bogel di pusat bandar Kuala Terengganu di sini.

Perbuatan penunggang lelaki mengenakan hanya seluar pendek manakala pembonceng wanita hanya berpakaian dalam itu berjaya dirakam pengguna jalan raya di Jalan Tok Lam di sini sebelum gambar itu tular di media sosial sejak tengah hari Rabu.

Kebanyakan warganet mempertikaikan tindakan itu, malah ada yang menyifatkan ia sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang kini menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan.

Bagaimanapun hari dan waktu gambar itu dirakam tidak dapat dipastikan.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri memandang serius perkara itu dan akan mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas pada masa akan datang.

Katanya, bahagian Jawatankuasa Dakwah dan Pelaksanaan Syariah akan menyiasat perkara itu bagi memastikan sama ada ia pertama kali atau pernah berlaku sebelum ini.

"Kita kesal dengan apa yang berlalu kerana ia telah mencemar imej negeri Terengganu. Kerajaan tidak akan membiarkan ia berleluasa.

"Kita akan kenal pasti latar belakang individu itu sama ada mereka merupakan pelancong yang pernah sampai atau belum pernah ke Terengganu.

"Jika pelaku merupakan pelancong asing dan tidak tahu peraturan, kerajaan negeri akan menguatkuasakan garis panduan agar mereka ini mendapat maklumat yang jelas apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan di negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Ariffin berkata, garis panduan mengenai sensitiviti masyarakat negeri ini telah lama dikuatkuasakan termasuk terhadap pelancong asing yang mengunjungi kawasan peranginan di Terengganu.

"Pelancong asing di pulau-pulau dinasihati mematuhi garis panduan sedia ada iaitu tidak boleh memakai pakaian tidak sopan atau berbikini di tempat terbuka atau di lokasi awam.

"Saya rasa perkara ini sudah dijelaskan secara menyeluruh dan sudah lama dipraktikkan dan diketahui umum. Sebagai pelancong mereka sepatutnya sensitif terhadap perkara ini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!