Mohd Ali anugerah gelaran Datuk kepada Presiden Dunia DMDI Bosnia

Mohd Ali (kanan) menyampaikan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk kepada Amir Bukvic (kiri) sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka Sesi Khas di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka dekat Ayer Keroh, pada Rabu. - Foto Bernama

A
A
A

MELAKA - Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam pada Rabu menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk kepada Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Bosnia Herzegovina Amir Bukvić.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Melaka (Sesi Khas) itu berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco kerajaan negeri.

Amir, 48, merupakan Ketua Pengarah Islamic Development Bank yang berpusat di Jeddah, Arab Saudi dan beliau sebelum itu berkhidmat sebagai Pengurus Besar Bosnia Bank.

Beliau merupakan antara penggerak utama DMDI sejak 22 tahun lepas bersama-sama Mohd Ali.- Bernama

Artikel Berkaitan: