Angkara pencuri besi, pelajar cedera jatuh longkang

Pelajar yang cedera terjatuh ke dalam longkang di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (L) Bukit Bintang, Jalan Utara di sini pada Selasa. - Foto FB MBPJ
Pelajar yang cedera terjatuh ke dalam longkang di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (L) Bukit Bintang, Jalan Utara di sini pada Selasa. - Foto FB MBPJ
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pelajar cedera terjatuh ke dalam longkang di hentian bas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (L) Bukit Bintang, Jalan Utara di sini pada Selasa.

Difahamkan, pelajar berkenaan tidak menyedari kewujudan longkang yang hanya ditutup dengan zink.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menerusi kemas kini di Facebook berkata, kejadian tersebut berlaku disebabkan aktiviti mencuri besi penutup longkang yang mengundang bahaya kepada orang awam.

Menurut kenyataan itu, MBPJ telah mengambil tindakan segera mengarahkan kontraktor daripada jabatan kejuruteraan menutup semula longkang tersebut pada malam Selasa.

"Semalam (Selasa) dikhabarkan seorang pelajar lelaki terjatuh ke dalam longkang (dengan ketinggian) hampir 10 kaki (tiga meter) kedalamannya akibat dari kerakusan geng curi besi penutup longkang.

Longkang siap dengan penutup selepas dibaiki MBPJ. - Foto FB MBPJ
Longkang siap dengan penutup selepas dibaiki MBPJ. - Foto FB MBPJ

"Kepada anda di luar sana sentiasa berwaspada dengan setiap langkah dan kepada geng curi besi penutup longkang tolong hentikan perbuatan anda," menurut perkongsian di Facebook MBPJ pada Rabu.

Difahamkan pelajar berkenaan mengalami luka di tangan kanan dan telah dibantu guru sekolah berkenaan yang memberikan rawatan awal.

Artikel Berkaitan:

Lubang berkenaan kemudian ditutup dengan tong sampah untuk mudah dilihat sementara kerja penggantian penutup longkang dijalankan MBPJ.