Tiga maut dalam kemalangan kereta kabel di India

Kemalangan kereta kabel di Jharkhand, India.- Foto Reuters
Kemalangan kereta kabel di Jharkhand, India.- Foto Reuters
A
A
A

NEW DELHI - Tiga terbunuh dan berpuluh-puluh lagi diselamatkan dalam kemalangan kereta kabel di Jharkhand, India.

Agensi pengurusan bencana dan pasukan pentadbiran tempatan telah menjalankan misi menyelamat sejak insiden berlaku pada Ahad.

Tentera Udara India pada Selasa memaklumkan seramai 35 mangsa daripada 10 kereta kabel telah diselamatkan menggunakan helikopter.

Sebanyak 28 penerbangan telah dikendalikan dalam tempoh 26 jam misi menyelamat dijalankan pada Isnin dan Selasa bagi mengeluarkan mangsa yang terkandas di laluan kereta api Trikut Hills di daerah Deoghar.

Menurut jabatan pelancongan Jharkhand, sistem kereta kabel Trikut Hills sepanjang 766 meter itu ialah laluan menegak tertinggi di India. - Bernama

Artikel Berkaitan: