Wanita ditemui mati di kondominium

Mangsa ditemui mati di atas sofa ruang tamu.
Mangsa ditemui mati di atas sofa ruang tamu.
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang wanita ditemui meninggal dunia di sebuah kondominium di Teluk Kemang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, Wong Mui Lian, 59, ditemui tidak sedarkan diri oleh teman lelakinya di atas sofa ruang tamu rumah.

"Polis telah ke lokasi sebaik terima maklumat dari bomba jam 11.25 pagi dan pemeriksaan dilakukan oleh pegawai perubatan dari Hospital Port Dickson mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Siasatan dan pemeriksaan terhadap tubuh mangsa dapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku.

"Mangsa bekerja di kedai peralatan sukan" katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal kerana serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: