Penghantar makanan maut rempuh SUV

Kemalangan membabitkan motosikal Honda RS-X dan SUV Proton X70 di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berhampiran sebuah premis jualan kereta pada Isnin.
Kemalangan membabitkan motosikal Honda RS-X dan SUV Proton X70 di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berhampiran sebuah premis jualan kereta pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Persiaran Puncak Alam 6, berhampiran sebuah premis jualan kereta di sini pada Isnin.

Kejadian jam 2.15 petang itu menyebabkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan membabitkan motosikal Honda RS-X dan SUV Proton X70.

"Kemalangan berlaku semasa penunggang lelaki berusia 26 tahun dalam perjalanan dari Puncak Alam menghala ke Saujana Utama, Sungai Buloh.

"Mangsa dipercayai memotong sebuah kereta di hadapannya, dalam masa sama Proton X70 dipandu wanita berusia 37 tahun berada di laluan bertentangan mahu memasuki premis jualan kereta," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Ramli berkata, pemandu Proton X70 kemudian melakukan brek kecemasan, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak SUV terbabit yang melintang jalan.

Katanya, mangsa yang hilang kawalan telah merempuh bahagian kiri Proton X70 dan tercampak atas jalan.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: