Pertimbang perluas RUU Anti Lompat Parti kepada Senator

Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Khas Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto: Bernama
Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Mesyuarat Khas Penggal Kelima Majlis Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pilihan Khas boleh meneliti keperluan pemakaian akta Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti kepada sesetengan ahli Dewan Negara yang ada kaitan dengan parti politik seperti yang dicadangkan beberapa pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini kerana terdapat ahli Dewan Negara yang dilantik atas penglibatan mereka dalam parti politik.

“Saya perlu nyatakan bahawa dasar kerajaan sebelum ini tidak mengambil kira pendekatan ini untuk ahli Dewan Negara.

“Ini adalah kerana wakil Dewan Negara dilantik Yang di-Pertuan Agong dan ramai juga yang dilantik atas kecemerlangan dalam profesion masing-masing tanpa sebarang kaitan dengan parti politik.

“Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli Dewan Negara yang dilantik negeri yang rata-ratanya mempunyai kaitan dengan parti politik masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 pada Mesyuarat Khas Penggal Kelima Majlis Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Dalam sesi perbahasan yang disertai seramai 59 ahli Parlimen sebelum itu ada antara mereka yang mengesyorkan supaya RUU Anti Lompat Parti turut diperluas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator.

Artikel Berkaitan: