Pemandu tersepit, murid cedera van sekolah kemalangan

Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak yang menaiki van sekolah yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Isnin.
Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak yang menaiki van sekolah yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak cedera manakala seorang lelaki warga emas tersepit di tempat duduk pemandu apabila van sekolah yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Pantai Dalam di sini pada Isnin.

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II Salmi Abdul Mukhti berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 1.24 petang.

"Seramai sembilan anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Salmi berkata, setibanya pasukan bomba di tempat kejadian mendapati, kemalangan melibatkan sebuah van sekolah yang terbabas dan melanggar penghadang jalan raya.

"Kemalangan melibatkan lima mangsa yang terdiri daripada empat kanak-kanak dan seorang lelaki warga emas.

"Salah seorang daripada kanak-kanak berusia tujuh tahun itu cedera pada kepala, manakala pemandu van tersepit," ujarnya.

Beliau berkata, lelaki itu berjaya dikeluarkan oleh anggota Bomba dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan lanjut. Operasi selesai sepenuhnya pada jam 2.02 petang," katanya.

Artikel Berkaitan: