Bank Rakyat sumbang 400 pek juadah berbuka

Nizam (dua dari kiri) menyerahkan pek makanan sebagai simbolik kepada Ketua Projek Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf, Firdaus Hussamuddin (dua dari kanan) pada Isnin.
Nizam (dua dari kiri) menyerahkan pek makanan sebagai simbolik kepada Ketua Projek Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf, Firdaus Hussamuddin (dua dari kanan) pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bank Rakyat menyumbang 400 pek juadah berbuka untuk Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, sumbangan tersebut juga sebagai satu tanggungjawab sosial insitusi perbankan berkenaan.

"Aktiviti sumbangan ini memang kita sudah buat setiap tahun untuk media dan hari ini kami bawa 400 pek juadah berbuka untuk Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

"Kami percaya aktiviti ini akan merapatkan lagi antara pihak bank, media dan masyarakat," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau turut menyambut baik usaha Karangkraf yang menganjurkan program iftar tersebut.

Menurutnya, langkah Karangkraf itu perlu menjadi contoh dan turut diikuti syarikat lain, terutama bagi membantu masyarakat yang tidak berkemampuan.

"Saya rasa lagi banyak syarikat yang buat program seperti ini akan lagi bagus. Apatah lagi ia dibuat dalam satu skala yang besar dan boleh membantu orang ramai.

"Pelbagai pihak seperti pelajar, asnaf dan orang yang tidak berkemampuan boleh datang berbuka puasa hasil inisiatif Karangkraf ini. Justeru, saya mengharapkan agar ia dapat diteruskan untuk tahun-tahun akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: