Tiada syarat dos vaksin lengkap untuk terima bantuan khas Aidilfitri

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 yang diumumkan oleh kerajaan pada 5 April lepas adalah untuk semua kakitangan awam dan pesara yang layak, termasuk mereka yang tidak mendapat dos imunisasi Covid-19 yang lengkap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.

“Bagaimanapun perkara-perkara lain dalam pekeliling tersebut masih terpakai.

“Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir.

"Biarpun tidak diwajibkan, kerajaan menyeru kepada seluruh Keluarga Malaysia untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi Covid-19 demi kesejahteraan bersama," katanya.

Artikel Berkaitan: