Qatar sediakan lebih 130,000 bilik buat peminat Piala Dunia 2022

Nasser Al Khater
Nasser Al Khater
A
A
A

DOHA - Lebih 130,000 bilik penginapan akan disediakan untuk peminat bola sepak semasa berlangsungnya Piala Dunia FIFA Qatar 2022.

Penginapan itu merangkumi bilik hotel, hotel terapung, vila, pangsapuri dan perkampungan peminat, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik kenyataan jawatankuasa perkhidmatan dan warisan.

Pemegang tiket kini boleh mula membuat tempahan penginapan melalui platform rasmi.

Menurut kenyataan itu, kos penginapan di beberapa pangsapuri tidak melebih AS$80 untuk semalam, manakala bilik di hotel terapung mewah, termasuk restoran yang turut menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi hanya berharga kira-kira AS$180 semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Qatar 2022, Nasser Al Khater memberi jaminan bahawa peminat bola sepak yang melancong ke Qatar akan menikmati pelbagai pilihan menarik yang pastinya memenuhi keperluan.

Beliau meminta peminat luar negara menggunakan platform rasmi untuk tempahan penginapan dan tiket perlawanan.

Al Khater berkata, peminat boleh membuat pilihan lain, tetapi mereka yang mencari harga terendah perlu menggunakan platform rasmi. - Bernama

Artikel Berkaitan: