Xavi puji mentaliti kemenangan Barcelona

De Jong meraikan jaringannya ketika membantu Barcelona menewaskan Levante di Estadio Ciutat de València, awal pagi tadi.
De Jong meraikan jaringannya ketika membantu Barcelona menewaskan Levante di Estadio Ciutat de València, awal pagi tadi.
A
A
A

PENGENDALI Barcelona, Xavi mengakui Barcelona tidak bermain dengan baik ketika mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Levante dalam aksi La Liga, awal pagi tadi.

Bagaimanapun Xavi berpendapat, mentaliti kemenangan yang ada pada pasukan ketika ini membantu mereka untuk mencatatkan keputusan positif dalam perlawanan tersebut.

"Memang benar kami tidak bermain dengan baik pada perlawanan ini. Namun saya berpuas hati kerana pasukan bersaing dengan baik. Mereka ada mentaliti kemenangan yang membuatkan mereka bangkit untuk menang.

"Bukan mudah untuk mendapatkan kemenangan ketika menentang Levante kerana mereka sebuah pasukan yang kuat," katanya.

Dalam perlawanan tersebut, Levante terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti Jose Luis Morales pada minit ke-52.

Bagaimanapun Barcelona bangkit dari ketinggalan apabila mendahului dengan dua gol hasil jaringan Pierre-Emerick Aubameyang dan Pedri.

Kedudukan tidak kekal lama, apabila pemain Levante, Gonzalo Melero menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi sepakan penalti sebelum pemain tengah Barcelona, Luuk de Jong menanduk masuk hantaran Jordi Alba untuk menoktahkan kemenangan pasukan Catalan itu.

Keputusan tersebut menyaksikan Barcelona kini berada di tempat kedua liga dengan mengumpul 60 mata dari 30 perlawanan.

Artikel Berkaitan: