PRK Rantau ibu segala PRK

Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran menerima sumbangan daripada peguam A.Jeyakumar untuk membantu pergerakan Bilik Gerakan DAP PRK Dun Rantau. Turut kelihatan Loke Siew Fook (tiga, dari kanan)
Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, P Gunasekaran menerima sumbangan daripada peguam A.Jeyakumar untuk membantu pergerakan Bilik Gerakan DAP PRK Dun Rantau. Turut kelihatan Loke Siew Fook (tiga, dari kanan)
A
A
A

SEREMBAN - DAP mengakui PRK DUN Rantau akan menjadi ibu kepada semua PRK kerana bakal berdepan dengan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, jika keputusan PRK kali ini berpihak kepada PH, ia akan beri implikasi besar kepada UMNO dan BN kerana berjaya menewaskan pemimpin utama mereka.

"PRK ini akan tarik perhatian dari semua negara dan saya berani cakap, ini akan jadi PRK paling penting dan signifikan berbanding PRK lain sebelum ini.

"Hasil keputusan PRK ini akan beri kesan besar bukan saja pada politik di Negeri Sembilan, tapi politik negara kerana calon BN adalah pemangku Presiden Umno dan Pengerusi BN," katanya pada sidang media selepas melancarkan Bilik Gerakan DAP PRK Dun Rantau di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi DAP negeri berkata, jika kerusi itu bertukar tangan, ia juga akan bantu PH perkuatkan kedudukan sekali gus membuktikan formula kerjasama Pas dan UMNO tidak berjaya.

Jelasnya, berbeza dengan PRK Semenyih yang PH perlu berusaha kuat pertahankannya, sebaliknya di Rantau mereka perlu menyerang.

"Kalau kita dapat serang kubu kuat Tok Mat, ia bermakna kita dapat perkuatkan PH selangkah lagi.

"Kita tahu pihak lawan akan ketengahkan pelbagai isu rakyat dan kita bersedia beri penjelasan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Dr S Streram adalah pilihan calon terbaik dan DAP Negeri Sembilan akan menggerakkan seluruh jentera bagi memastikan kemenangan PH.

Selain itu katanya, PH akan terus memperjuangkan politik berasaskan kepelbagaian kaum berbeza dengan UMNO yang kini semakin jauh.

"UMNO hari ini lebih cenderung menjalin kerjasama dengan Pas meskipun masih bersama MCA dan MIC dalam BN," katanya.