Ronaldo minta maaf 'pecahkan' telefon bimbit penyokong Everton

Ronaldo nyata kecewa selepas United tewas kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park pada Sabtu.
Ronaldo nyata kecewa selepas United tewas kepada Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Goodison Park pada Sabtu.
A
A
A

CRISTIANO Ronaldo memohon maaf selepas dia dilihat menepis telefon salah seorang penyokong selepas kekalahan 1-0 Manchester United kepada Everton di Goodison Park pada Sabtu.

Gol Anthony Gordon pada separuh masa pertama menyebabkan United mengalami kekalahan kedua berturut-turut di tempat lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak Januari 2020.

Selepas wisel penamat, satu video muncul di media sosial yang menunjukkan Ronaldo memecahkan telefon penyokong Everton dengan melemparkannya ke lantai.

"Tidak mudah untuk menangani emosi dalam saat-saat sukar seperti yang kita hadapi. Namun, kami perlu sentiasa menghormati, bersabar dan menunjukkan contoh kepada semua anak muda yang meminati permainan cantik itu.

"Saya ingin memohon maaf atas keterlaluan saya dan jika boleh, saya ingin menjemput penyokong ini untuk menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda permainan adil dan semangat kesukanan," tulis Ronaldo di laman Instagram miliknya.

Kekalahan itu meletakkan United di tangga ketujuh EPL - ketinggalan enam mata di belakang Tottenham Hotspur yang menduduki tangga keempat - slot terakhir untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel Berkaitan: