Sila log masuk terlebih dahulu.

Ezam gesa ahli Parlimen teliti pindaan Perlembagaan Persekutuan

Mohamad Ezam
Mohamad Ezam
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen digesa supaya meneliti pindaan Perlembagaan Persekutuan khususnya perkara 10(3) berhubung kebebasan berpersatuan yang akan dilakukan di Parlimen pada Isnin.

Presiden Penaja Parti Integriti Negara Bangsa (Integriti), Datuk Mohamad Ezam Mohd Noor berkata, ahli Parlimen perlu memastikan tiada ruang bagi pindaan perlembagaan itu menjadi alat dan senjata kerajaan menyalahgunakan kuasa bagi mengekang kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan.

"Kami mempunyai alasan merasa bimbang terhadap usaha kami menubuhkan sebuah parti politik secara sah sesuai dengan hak setiap warganegara yang termaktub dalam Perlembagaan 10(3) khususnya kebebasan berpersatuan.

"Kegagalan kerajaan baru-baru ini di mahkamah dalam kes penubuhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengundang kemungkinan kerajaan mencari ruang baharu agar kuasa mereka menyekat penubuhan parti politik tidak boleh dicabar lagi di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Justeru, beliau menggesa ahli Parlimen memastikan kemungkinan itu tidak berlaku dan hak kebebasan bersuara dan berpersatuan tidak tergugat.

Dalam pada itu, beliau menegaskan parti itu menyambut baik langkah menggubal Akta Anti Lompat Parti.

"Episod malang tumbangnya sebuah kerajaan yang mendapat mandat rakyat secara sah melalui pilihan raya memerlukan akta seumpama digubal," katanya.

Artikel Berkaitan: