Lima rumah ranap akibat tanah runtuh

Antara rumah yang ranap berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan skim penempatan Telipok, Kota Kinabalu.
Antara rumah yang ranap berikutan kejadian tanah runtuh di kawasan skim penempatan Telipok, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Lima rumah di kawasan skim penempatan Telipok di sini, ranap berikutan kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan sejak malam Sabtu.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan penghuni diarahkan untuk mengosongkan rumah selepas berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.59 pagi Ahad.

"Sebaik tiba di lokasi, memang berlaku ada tanah runtuh dan lima rumah ranap akibat pergerakan tanah di kawasan berkenaan.

"Tindakan pasukan bomba adalah memberi khidmat nasihat kepada penghuni dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum itu, Agustavia memaklumkan kejadian tanah runtuh itu berikutan hujan berterusan dan pergerakan tanah dijangka masih terus berlaku.

"Pemilik rumah sudah dinasihatkan untuk mengosongkan kawasan berkenaan dan berpindah ke tempat selamat kerana pergerakan tanah masih berlaku serta cuaca yang masih hujan," katanya.

Artikel Berkaitan: