RUU Anti Lompat Parti jaminan tiada wakil rakyat lompat parti: Mahdzir

Mahdzir (dua,kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil masjid ketika Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama Warga Felcra Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini pada Sabtu.
Mahdzir (dua,kanan) menyampaikan replika cek kepada wakil masjid ketika Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama Warga Felcra Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini pada Sabtu.
A
A
A

PADANG TERAP - Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti diperlukan sebagai jaminan tiada lagi lompat parti dalam kalangan wakil rakyat yang telah menerima mandat melalui pilihan raya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagaimanapun, sebelum akta terbabit dikuatkuasakan, Pindaan Perlembagaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

Katanya, sebab itu Pindaan Perlembagaan yang bakal dibentang Isnin ini merupakan pindaan yang membolehkan Akta Antilompat Parti dibentangkan.

"Kalau ikut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermakna kita bentang pindaan Perlembagaan dahulu kemudian kalau Parlimen bersidang pada Julai, InsyaALLAH kita boleh bentang RUU Antilompat Parti pada Julai," katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama Warga Felcra Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini pada Sabtu.

Media sebelum ini melaporkan, pembentangan dan pembahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 pada 11 dan 12 April ini, membabitkan penggubalan punca kuasa (enabling clause) bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan RUU berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, digubal di Parlimen.

Artikel Berkaitan: