Lelaki rentung bilik terbakar

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

TAWAU - Seorang lelaki rentung selepas dipercayai terperangkap dalam kebakaran membabitkan bilik di sebuah rumah di Jalan Utara Taman King Fook di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, S Yogeswaran, 35, ditemui rentung oleh pasukan bomba di biliknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Julius John Stephen berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.17 pagi.

Katanya, seramai 14 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak enam kilometer dari BBP Tawau.

"Kebakaran melibatkan sebuah bilik yang terbakar 100 peratus dan berjaya dipadam sebelum jentera tiba. Pasukan bomba bertindak membuka pintu utama rumah berkenaan untuk pengudaraan.

"Hasil pemeriksaan lanjut, terdapat seorang mangsa lelaki ditemui dalam bilik berkenaan dalam keadaan rentung," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan: