Salah tak penting diri sendiri

Mohamed Salah menyempurnakan dua sepakan penalti pada perlawanan berkenaan. - Foto AFP
Mohamed Salah menyempurnakan dua sepakan penalti pada perlawanan berkenaan. - Foto AFP
A
A
A

PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah mengakui bahawa dia tidak boleh terlalu mementingkan diri sendiri dalam membincangkan berkenaan kontrak baharunya bersama The Reds.

Justeru, penyerang Mesir itu memberi jaminan bahawa perbincangan berkenaan kontrak baharunya itu tidak akan sesekali mengganggu persembahannya dalam misi membantu Liverpool memenangi empat trofi pada musim ini.

“Saya tidak boleh mementingkan diri sendiri dan bercakap tentang keadaan saya sahaja.

“Kami berada dalam tempoh paling penting untuk pasukan. Jadi ketika ini saya hanya perlu bercakap tentang pasukan, fokus pada perlawanan akan datang kerana itu adalah keutamaan saya ketika ini,” katanya.

Untuk rekod, kontrak Salah akan tamat pada musim panas 2023 dan sehingga kini tiada persetujuan bersama dicapai untuk melanjutkan perjanjian.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada dia yakin kontrak baharu akan diselesaikan, Salah enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut yang dianggapnya sebagai sensitif.

"Saya tidak boleh katakan ya, saya tidak boleh katakan tidak tetapi saya telah berkata banyak kali sebelum ini tentang apa yang saya mahukan.

“Tetapi sekali lagi, saya tidak boleh ulas mengenai kontrak saya sekarang kerana ia adalah situasi yang sangat sensitif.

Artikel Berkaitan:

"Pasukan perlu menang dan saya tidak boleh hanya mendengar berita yang mana hanya bercakap mengenai kontrak saya.

Apa yang saya mahukan ketika adalah fokus kepada pasukan,” katanya.