Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas

Tangkap layar suspek berpura-pura melihat barang kemas.
Tangkap layar suspek berpura-pura melihat barang kemas.
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan seutas gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah di sini pada Jumaat.

Kejadian kira-kira jam 3.45 petang itu telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan visual muka suspek tular di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan, Amran Mohd Ghani berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 8.18 malam daripada jurujual kedai berkenaan.

"Difahamkan suspek yang berbadan gempal dan mempunyai kulit sawo matang berusia lingkungan usia 30 tahun telah melarikan seutas tangan emas berat 36.76 gram.

"Berdasarkan rakaman CCTV, suspek telah dibantu seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran untuk melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Tangkap layar suspek dibantu lelaki menaiki motosikal untuk melarikan diri.
Tangkap layar suspek dibantu lelaki menaiki motosikal untuk melarikan diri.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang memburu suspek.

Sehubungan itu katanya, masyarakat yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: