Buluh pun naik harga

Harga buluh lemang dijual Lailawati terpaksa dinaikkan ekoran kenaikan kos gaji pekerja.
Harga buluh lemang dijual Lailawati terpaksa dinaikkan ekoran kenaikan kos gaji pekerja.
A
A
A

TEMERLOH - Jika tahun lepas harga buluh lemang dijual dengan harga RM1.20 seruas, namun tahun ini ia meningkat sebanyak 20 sen kepada RM1.40 seruas.

Seorang peniaga buluh, Lailawati Ahmad, 49, dari Kampung Buntut Pulau di sini mengaku terpaksa menaikkan harga buluh jualannya berikutan peningkatan kos melibatkan gaji pekerja yang terpaksa dinaikan ekoran kesukaran mendapatkan pekerja.

"Namun pelanggan sudah memahami dan memang ada pelanggan tetap khususnya yang meminta harga dikurangkan sedikit.

"Saya anggap ia satu cabaran yang perlu dihadapi sebagai peniaga selain berusaha untuk memenuhi tempahan pada tahun ini," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Ujarnya, tidak sampai seminggu umat Islam berpuasa, Lailawati sudah mendapat tempahan lebih 10,000 batang dari seluruh negara setakat ini.

Sambutan menggalakkan menyebabkan dirinya mengakui gusar tidak dapat memenuhi tempahan.

Lailawati bersama buluh lemang yang sedia untuk dihantar kepada pelanggan.
Lailawati bersama buluh lemang yang sedia untuk dihantar kepada pelanggan.

"Saya jangkakan tempahan buluh kira-kira 20,000 batang pada tahun ini berikutan orang ramai teruja menyambut Aidilfitri kali ini selepas

Artikel Berkaitan:

"Tempahan buluh diterima sejak Syaaban lagi dan saya rasa mungkin pertengahan Ramadan terpaksa tutup tempahan atau mungkin lebih awal.

"Ini kerana bekalan buluh sukar diperoleh walaupun saya ada tanam sendiri di kampung dan tempat lain seluas kira-kira 0.8 hektar tapi ada yang musnah akibat banjir pada Disember lalu," katanya.

Ujarnya, selain untuk tempahan orang ramai, buluh tersebut juga untuk kegunaan sendiri kerana dia turut menjual lemang di bazar Ramadan di Lurah Semantan di sini.

Dalam pada itu, Lailawati juga menanam buluh di beberapa tempat lain seperti di Bentong sejak kira-kira tujuh tahun lalu selain mendapatkan bekalan buluh liar dengan mengupah beberapa pekerja serta penduduk Orang Asli untuk mendapat bekalan.

"Untuk proses jangka panjang, saya kini sedang dalam proses semaian menerusi kaedah tut untuk bekalan buluh," tambahnya.