Himpunan putih simbolik suarakan kedamaian

Perserta perhimpunan mula berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka jam 7.40 pagi ini.
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Ratusan peserta himpunan Solidariti Kedamaian #Solidarity4Peace mula berkumpul di harapan pusat membeli belah Sogo, di sini pagi ini.

Mereka berpakai putih mula membanjiri kawasan ini sejak jam 6.40 pagi lagi, bagi menyertai perhimpuan itu sebagai simbolik menyuarakan kedamaian dan menolak kebencian.

Perhimpuanan aman ini diadakan berikutan tragedi berdarah serangan pengganas di dua masjid berasingan di Chrischurch, New Zealand, Jumaat, 15 Mac lepas.

Hasil tinjauan mendapati, lebih 300 peserta daripada pelbagai latar belakang agama dan kaum, malah ada yang membawa keluarga masing-masing selain turut membawa kain rentang #Solidarity4Peace.

Selain orang awam himpunana aman ini juga dihadiri beberapa ketua-ketua agama serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram )dan variasi persatuan agama.

Hadir sama pemimpin-pemimpin kerajaan antaranya kelihatan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bharin Shah Raja Ahmad, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Duta Turki ke Malaysia Merve Kavak├ži.

Perserta perhimpunan itu dijadualkan bermula berarak dari kawasan itu ke Dataran Merdeka jam 7.40 pagi ini.

Setiap peserta turut diberikan kemeja T putih percuma dengan tanda pagar #Solidarity4Peace dan cetakan burung merpati putih dan bunga raya.

Himpunan aman ini dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam).


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia