Peniaga Jalan Alsagoff terharu terima bantuan

Salasiah (kanan) dan Siew Kiong melihat keadaan kedai di Jalan Alsagoff yang terbakar Rabu lalu.
Salasiah (kanan) dan Siew Kiong melihat keadaan kedai di Jalan Alsagoff yang terbakar Rabu lalu.
A
A
A

PONTIAN - Peniaga di Jalan Alsagoff di sini melahirkan rasa terharu apabila menerima sumbangan selepas premis perniagaan diusahakan musnah dalam kejadian kebakaran, Rabu lalu.

Pemilik kedai yang juga pengamal perubatan Islam, Salasiah Affandi, 58, berkata, bantuan diberikan pelbagai pihak dapat meringankan beban ditanggung selain disifatkan cukup bermakna ketika Ramadan.

Katanya, pada hari kejadian kedainya ditutup kerana dia kurang sihat dan berehat di rumah di Taman Damai.

"Saya ada pergi menjenguk kedai selepas dimaklumkanoleh rakan berlaku kebakaran di situ. Sampai sahaja di kedai, saya lihat kedai hanya tinggal abu, tiada apa yang dapat diselamatkan.

"Memang sedih apabila mengenangkan perniagaan yang dibina dengan duit simpanan sejak 2018 itu musnah. Kerugian dianggarkan sebanyak RM100,000," katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Sebelum itu Salasiah bersama enam lagi peniaga menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 daripada Yayasan Sultanan Fatimah yang disampaikan Pengerusinya, Datuk Tee Siew Kiong.

Sementara itu, Siew Kiong melahirkan rasa simpati dengan kejadian kebakaran menimpa peniaga di Jalan Alsagoff yang menyebabkan banyak stok barangan untuk musim perayaan musnah.

Kejadian kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang pada Rabu menyebabkan lapan unit bangunan rumah kedai berusia lebih 40 tahun di Jalan Alsagoff hangus.

Artikel Berkaitan: