Anak Putin sasaran AS seterusnya?

Katerina Tikhonova (kiri) dan Maria Vorontsova. - Agensi
Katerina Tikhonova (kiri) dan Maria Vorontsova. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Aset milik anak Presiden Rusia, Vladimir Putin menjadi sasaran seterusnya pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) selepas mendakwa Moscow melakukan kekejaman di Ukraine.

Jabatan Perbendaharaan AS mengenal pasti anak perempuan Putin sebagai Katerina Tikhonova iaitu seorang eksekutif teknologi yang terbabit dalam industri pertahanan Rusia dan Maria Vorontsova yang mengetuai program penyelidikan genetik dibiayai negaranya.

Seorang pegawai kanan AS berkata, Washington percaya aset keluarga Putin disembunyikan dalam kalangan ahli keluarganya.

Menurut biograsi rasmi Putin dalam laman web Kremlin, anak perempuannya, Maria dilahirkan pada 1985 sebelum keluarga mereka berpindah ke Dresden di mana Putin bertugas sebagai ejen Jawatankuasa Keselamatan Negara (KGB).

Anak kedua beliau, Katerina dilahirkan setahun selepas itu di Dresden.

Tindakan dibuat AS susulan, pengumuman Jabatan Perbendaharaan yang akan mengenakan sekatan baharu terhadap sektor aeroangkasa, marin dan elektronik Rusia dalam usaha berterusan untuk menyekat pembiayaan kos perang Moscow.

Jabatan itu menyenaraikan 21 entiti dan 13 individu memainkan peranan penting dalam perang Rusia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap syarikat dan rangkaian teknologi Kremlin. - Agensi

Artikel Berkaitan: