Kedah umum bantuan khas Aidilfitri RM1,000 kepada penjawat awam

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan negeri mengumumkan pemberian Bantuan Khas Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada semua kakitangan awam di Kedah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah pada Rabu.

"Mesyuarat Exco Kerajaan Kedah meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri Kakitangan Awam Negeri Kedah sebanyak RM1,000 seorang.

"Kelulusan ini akan melibatkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan melibatkan peruntukan RM5.35 juta," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook beliau pada Rabu.

Tambah beliau, pemberian bantuan khas Hari Raya itu turut diluluskan kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) seluruh negeri.

"Kelulusan ini melibatkan 2,050 orang penerima dengan peruntukan RM307,500 yang akan disalurkan melalui Pusat Khidmat Adun masing-masing," katanya.

Artikel Berkaitan: