Nurul Izzah letak jawatan PAC?

Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dilapor meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Memetik laporan Malaysiakini, bekas Naib Presiden PKR itu difahamkan mengemukakan peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Ariff Md Yusof, Pengerusi PAC, Ronald Kiandee dan Ketua Whip PH, Johari Abdul.

Peletakan jawatannya dibuat susulan tindakan PH yang dilihat tidak sefahaman dalam pemilihan kepimpinan PAC yang sebelum ini berjanji agar gabungan itu diketuai pemimpin pembangkang.

Begitupun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan Ronald tidak perlu meletakkan jawatan selepas beliau sah menyertai Bersatu dan Wong Kah Woh dari DAP pula kekal sebagai timbalan pengerusi PAC.

Nurul Izzah sebelum ini mengkritik langkah kerajaan menyerahkan jawatan pengerusi PAC kepada wakil kerajaan.

"Pengerusi PAC harus diisi oleh pembangkang untuk memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR serah keputusan kepada Parlimen: Saifuddin

"Speaker sekarang jelas memiliki niat untuk melakukan pembaharuan isntitusi - untuk memastikan Parlimen berada pada kedudukan yang sama dengan eksekutif.

Artikel Berkaitan:

“Akan ingatkan beliau untuk turut berbuat demikian terhadap PAC," kata Nurul Izzah minggu lepas.

Nurul Izzah sebelum ini melepaskan semua jawatannya dalam parti bagi memberi tumpuan menjaga Parlimen Permatang Pauh.

Keputusannya itu mengejutkan ramai pihak dan sehingga kini beliau masih belum memberitahu sebab utama beliau berbuat demikian.