Thailand berdepan lonjakan kes Covid-19 selepas sambutan Songkran

Pihak berkuasa kesihatan Thailand pada Selasa memberi amaran kepada orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi lonjakan kes Covid-19 selepas sambutan Pesta Songkran yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 April. Gambar fail.
Pihak berkuasa kesihatan Thailand pada Selasa memberi amaran kepada orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi lonjakan kes Covid-19 selepas sambutan Pesta Songkran yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 April. Gambar fail.
A
A
A

BANGKOK- Pihak berkuasa kesihatan Thailand pada Selasa memberi amaran kepada orang ramai untuk bersiap sedia menghadapi lonjakan kes Covid-19 selepas sambutan Pesta Songkran yang akan berlangsung dari 13 hingga 15 April.

Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) mengunjurkan jika orang ramai gagal mematuhi langkah-langkah pencegahan, kes harian boleh mencecah angka 100,000 selepas sambutan Tahun Baharu Thailand itu.

Selain itu, kematian harian boleh melebihi 250 kes dari pertengahan April hingga Mei.

Sehubungan itu, Ketua Biro Epidemiologi DDC Dr Jakrat Phittayawong-anon menggesa orang ramai untuk sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan.

"Kes harian Covid-19 akan menjadi berganda kepada sekitar 50,000 kes dan lebih 100 kematian selepas Songkran.

Sementara itu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha juga menggesa orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah-langkah pencegahan termasuk memakai pelitup muka di tempat awam.

Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata perdana menteri juga menggesa orang ramai melakukan ujian antigen pantas kendiri manakala mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan kumpulan berisiko tinggi untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata di tengah-tengah kadar vaksinasi yang tinggi, beliau yakin kementerian dapat menguruskan situasi Covid-19 sekiranya berlaku lonjakan selepas Songkran.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau bimbang terhadap warga emas yang tidak diberi vaksin dan kanak-kanak di bawah umur lima tahun.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand merekodkan 21,088 kes baharu dan 91 kematian, menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 3,757,575 dan 25,603 kematian. - Bernama