Sila log masuk terlebih dahulu.

Pesawat MH2664 patah balik ke KLIA sebab masalah teknikal

Pesawat MH2664 ke Tawau pada Isnin terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan masalah teknikal. Gambar hiasan.
Pesawat MH2664 ke Tawau pada Isnin terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan masalah teknikal. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pesawat MH2664 ke Tawau pada Isnin terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan masalah teknikal.

Perkara tersebut disahkan Malaysia Airlines menerusi ciapan Twitter rasminya pada hari ini, Selasa.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April lalu melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang.

“Keselamatan anak kapal dan penumpang kami tetap menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Ujarnya, pesawat berkenaan selamat mendarat di KLIA pukul 5.03 petang Isnin.

Terdahulu, seorang penumpang pesawat itu mendakwa, pesawat dinaikinya itu tiba-tiba menjunam dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam tempoh beberapa saat.

Penumpang itu turut mendakwa terlambung dari tempat duduknya akibat insiden itu menyebabkan keadaan dalam pesawat panik termasuk ada yang menjerit-jerit.

Artikel Berkaitan: