Perkataan 'Salam', antara muka depan akhbar NZ

Muka depan akhbar NZ hari ini.
Muka depan akhbar NZ hari ini.
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Media tempatan di New Zealand (NZ) seolah-olah 'berkabung' apabila genap seminggu serangan pengganas di dua masjid di sini yang mengorbankan 50 nyawa.

Laporan geo.tv, muka depan akhbar harian The Press telah mencetakkan perkataan 'Salam' dalam bahasa Arab selain senarai 50 nama mangsa tragedi itu, hari ini.

Selain The Press, muka depan NZ Herald juga berduka dengan memaparkan sebuah masjid tertera tulisan, "Seruan untuk doa. Dalam perpaduan ada kekuatan".

Sementara muka depan The Dominion Post, mencetak masa tragedi '1.32pm, Today we remember' dan 50 senarai individu terkorban dalam serangan berdarah itu.

Suasana perkabungan sebegini tidak pernah dilihat di New Zealand malah lebih 5,000 orang berarak secara senyap membanjiri Memorial Park bagi mengikuti pengebumian jenazah.

Azan juga berkumandang di seluruh New Zealand diikuti bertafakur selama dua minit bagi memperingati semua mangsa ketika solat Jumaat.

Artikel Berkaitan: