Mayat lelaki ditemui dalam kereta depan restoran

KUALA LUMPUR - Satu mayat dijumpai dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Kemunting di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, maklumat penemuan mayat itu diterima Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur kira-kira jam 9.55 pagi.
"Mangsa merupakan lelaki tempatan berusia 49 tahun.
"Mayat telah dihantar ke Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Tambahnya, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
