Budak 4 tahun tersepit dalam mesin basuh

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka mengeluarkan seorang kanak-kanak yang tersepit di dalam mesin basuh.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka mengeluarkan seorang kanak-kanak yang tersepit di dalam mesin basuh.
A
A
A

DUNGUN - Seorang kanak-kanak lelaki berjaya diselamatkan selepas tersepit di dalam bahagian pengering mesin basuh di sebuah rumah di Jalan Beril, mukim Kuala Paka di sini pada Isnin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Md Hilman Abd Rashid berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paka telah menerima panggilan berhubung kejadian menimpa mangsa, 4, jam 8.44 malam dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.

"Apabila tiba di lokasi, pihak bomba mendapati kaki dan badan kanak-kanak berkenaan tersepit pada bahagian pengering mesin basuh separa automatik.

"Anggota penyelamat terpaksa memotong drum mesin basuh itu menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, pada Selasa.

Difahamkan, kanak-kanak itu tersepit di dalam mesin basuh ketika cuba mengambil lampu suluh miliknya yang terjatuh ke dalam mesin berkenaan.

Beliau berkata, kanak-kanak itu berjaya berjaya dikeluarkan jam 9.30 malam dan tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan: