Wujudkan generasi bebas jenayah syariah

Sebahagian mereka yang hadir bergambar bersama pada program berkenaan.
Sebahagian mereka yang hadir bergambar bersama pada program berkenaan.
A
A
A

YAN - Undang-undang Islam perlu dijadikan rujukan dalam memastikan keharmonian masyarakat.

Pegawai Perpaduan Daerah Yan, Nasriza Long berkata demikian ketika berucap di program pencegahan jenayah abad ke 21 yang berlangsung di Pejabat Agama Yan.

Katanya, remaja pada hari ini merupakan pemimpin negara masa hadapan yang bakal memimpin masyarakat, keluarga dan diri sendiri.

"Dalam membentuk pemimpin yang hebat, ilmu duniawi perlu seiring dengan ilmu agama.

"Undang-undang Islam perlu dijadikan rujukan dalam memastikan keharmonian masyarakat," katanya.

Menurut Nasriza, program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada remaja tentang bahaya perbuatan jenayah dan juga tindakan awal pencegahannya.

"Selain dari bahaya jenayah sivil yang sering diperkatakan, kita juga perlu mencegah dan mengatasi jenayah syariah yang semakin berleluasa.

"Agama Islam yang menjadi agama rasmi negara Malaysia perlu dihormati dan juga dihayati sepenuh jiwa," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Nasriza, justeru pendidikan tentang jenayah syariah ini perlu ditekankan agar dapat dicegah dan undang-undang Islam tidak dipandang remeh.